Rabu, 25 November 2015



Suasana Damai, Indah, Aman dan Tenang 
boleh didapati di Kampung Tok Mengkula













Selasa, 24 November 2015

KEGUNAAN POKOK MENGKULA BAGI MASYARAKAT KEDAH/PERLIS

             POKOK MENGKULA
             Pokok Mengkula adalah pokok malar hijau mencecah ketinggian sekitar 16 meter. Ia berbunga pada bulan April dan berbuah sekitar bulan Jun. Daunnya berkilat, hijau gelap, berbentuk bujur, sepanjang 5 - 14 cm dan 2.5 - 6 cm lebar. Bunga mengkula berwarna krim, berbulu dan wangi. Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaannya. Pokok mengkula mungkin mencecah ketinggian 30 - 60 kaki. Biasanya ukur lilit pokok mengkula sekitar 0.5 meter hingga 1.0 meter.

             
          KEGUNAAN POKOK MENGKULA

1.   Merawat ruam bernanah
- Beberapa kuntum bunga mengkula direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air mengkula tersebut.

2.   Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau.
- Kulit batang pokok mengkula direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari

3.   Merawat luka.
- Air rebusan kulit batang pokok mengkula digunakan untuk mencuci luka.

4.   Merawat ozena atau rinitis
- Jus daun bunga mengkula dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.

5.   Mewangikan rambut.
- Biasanya bunga mengkula direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

6.   Pucuk daun mengkula boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.







Sabtu, 21 November 2015

SEJARAH BERMULANYA NAMA "KAMPUNG TOK MENGKULA"



           Nama Kampung Tok Mengkula berasal dari nama sejenis pokok. 
Pokok ini amat dikenali oleh masyarakat kampung iaitu pokok mengkula. Pokok mengkula telah menjadi sebutan dan sentiasa meniti dibibir masyarakat Kedah dan Perlis. Nama lain bagi pokok mengkula ialah pokok bunga tanjung.

            Kampung Tok Mengkula terkenal dengan sawah padi yang menghijau. Masyarakat kampung ini amat menghargai adab dan budaya Melayu. Masyarakat yang tinggal dikampung ini 100 peratus beragama Islam yang kuat berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah (ahli sunnah). Mereka hidup aman-damai dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.

          Contoh pokok mengkula adalah seperti dibawah.